TEG horizontal logo 2

DEKLARASI BANGI

SEMPENA PERSIDANGAN MEJA BULAT
“RANG UNDANG-UNDANG (RUU) KAWALAN PRODUK
MEROKOK DEMI KESIHATAN AWAM 2023 DAN PELAKSANAAN
DASAR GENERASI PENAMAT (GEG): CABARAN DAN IMPLIKASI
TERHADAP PEMBANGUNAN MALAYSIA MADANI”

  1. Memahami bahawa MALAYSIA MADANI merupakan satu ikhtiar secara
    bersepadu dan holistik untuk menjadikan segala dasar dan pelaksanaan di
    Malaysia lebih manusiawi yang sentiasa ditambah baik menerusi musyawarah
    dan maklum balas rakyat
  1. Memahami bahawa MALAYSIA MADANI bermatlamat untuk mengubah
    Malaysia menjadi negara yang lebih makmur dan maju berteraskan 6 nilai
    MADANI melalui kepercayaan antara kerajaan dengan rakyat, dasar ketelusan
    dan kerjasama.
  1. Memahami bahawa KESEJAHTERAAN ekonomi, sosial dan kelestarian
    alam melalui budaya ilmu dan kepelbagaian pandangan adalah merupakan
    salah satu dari 6 nilai teras MALAYSIA MADANI.
  1. Menginsafi bahawa RANG UNDANG-UNDANG (RUU) KAWALAN
    PRODUK MEROKOK DEMI KESIHATAN AWAM 2023 DAN
    PELAKSANAAN DASAR GENERASI PENAMAT (GEG) memenuhi 5
    prinsip Maqasid Syariah iaitu Menjaga Agama, Menjaga Nyawa, Menjaga
    Akal, Menjaga Keturunan dan Menjaga Harta.
  1. Menyedari bahawa semua produk merokok termasuk yang bernikotin adalah
    RACUN dan merupakan ancaman kepada kesihatan awam serta menjadi beban
    kewangan yang besar terhadap pengurusan kesihatan di Kementerian
    Kesihatan Malaysia.
  1. Menyesali keputusan Kementerian Kesihatan Malaysia mengeluarkan
    cecair dan gel nikotin dari Akta Racun 1952

Justeru, bagi memastikan kesihatan dan keselamatan rakyat adalah sentiasa
terjamin, maka Persidangan Meja Bulat Rang Undang-Undang (RUU)
Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 Dan Pelaksanaan
Dasar Generasi Penamat (GEG): Cabaran Dan Implikasi Terhadap
Pembangunan Malaysia Madani hari ini bersepakat dengan sebulat suara
untuk bersama-sama turut memberi cadangan kepada YAB Perdana Menteri,
Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menangani permasalahan ini iaitu:

  1. Membuat semakan segera terhadap keputusan kerajaan mengeluarkan
    nikotin daripada Akta Racun 1952 sehingga RUU Kawalan Produk
    Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 diluluskan
  1. Mengenakan kadar cukai minimum yang efektif terhadap semua produk
    tembakau terutamanya rokok kepada 65% seperti saranan Pertubuhan
    Kesihatan Sedunia (WHO).
  1. Mengenakan cukai dan kawalan harga terhadap semua cecair rokok
    elektronik sebagaimana pencukaian produk tembakau dan rokok bagi
    mengurangkan kebolehdapatan terutama dalam kalangan remaja.
  1. Menetapkan kadar kepekatan nikotin maksimum yang dibenarkan untuk
    berada di pasaran berdasarkan amaun nikotin (mg/ml)
  1. Memastikan komitmen negara untuk mencapai sasaran ‘Tobacco
    Endgame’ seperti yang disarankan oleh WHO iaitu prevalens perokok
    kurang daripada 5% menjelang 2040.
  1. Memerangi rasuah dan ketirisan sempadan bagi menangani isu
    penyeludupan produk tembakau termasuk rokok elektronik.
  1. Mengenakan lesen khas terhadap premis dan penjual produk rokok
    elektronik serta mengenakan sekatan lokasi penjualan dalam lingkungan
    5 km dari semua institusi pendidikan dan kawasan perumahan.
  1. Menyediakan satu geran khas bagi menjalankan penyelidikan berkaitan
    rokok elektronik termasuk kesan terhadap kesihatan, ekonomi dan sosial
    terbuka kepada semua institusi awam dan swasta.
  1. Menetapkan tempoh selama 3 tahun bagi mengkaji semula keberkesanan
    percukaian rokok elektronik dan jika didapati cukai ini tidak efektif,
    maka nikotin cecair dan gel perlu dikawal semula di bawah Akta Racun
    1952.

10. Memastikan keberkesanan dan keselamatan penggunaan rokok elektronik sebelum mendaftarkannya untuk tujuan pengurangan kemudaratan rokok konvensional (harm reduction) melalui Agensi Regulatori Farmaseutikal Kebangsaan (NPRA)

11. Memastikan kepentingan dan amalan mesra kanak-kanak, wanita dan keluarga sentiasa dipelihara dan dilindungi dari penggunaan rokok dan rokok elektronik.

12. Mewartakan fatwa haram produk tembakau termasuk rokok dan rokok elektronik oleh Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) serta penguatkuasaannya di semua negeri

Persidangan Meja Bulat pada hari ini menggesa kepada YAB Perdana Menteri agar dapat memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 Dan Pelaksanaan Dasar Generasi Penamat (GEG) yang akan dibentangkan semasa Sidang Parlimen pada bulan Mei 2023 ini tidak lagi ditangguh atau dipinda isi kandungannya tetapi
diluluskan dan dikuatkuasakan dengan segera.

Sekian, terima kasih.


SIDANG MEJA BULAT
Kluster Perubatan Dan Kesihatan
Akademi Profesor Malaysia
17 April 2023

Ahli Sidang Meja Bulat adalah seperti berikut:

  1. Prof Dato’ Noor Aziah Binti Mohd Awal
  2. Dr Mohd Afiq Mohd Nor
  3. Prof Emeritus Dato’ Syed Mohamed AlJunid
  4. Prof Dr. Dayang Anita Abdul Aziz
  5. Prof Dr. Mohamed Rusli Abdullah
  6. Ybrs Encik Amrahi Buang
  7. Prof Dato Ir Dr Mohd Saleh Jaafar
  8. Prof Dr Mohd Cairul Iqbal Mohd Amin
  9. Prof Dr Mohamad Haniki Nik Mohamed
  10. Prof (B) Dr Rose Alinda Alias
  11. Prof Madya Dr Budi Aslinie Md Sabri
  12. Dr Nawwal Alwani Mohd Radzi
  13. Encik Rashdan Rashid
  14. Encik Burhanuddin Disa
  15. Encik Sha’ani Abdullah
  16. Dr Muhamad Naqib Shariff
  17. Dr Mohamad Zakwan Ilias
  18. Dr Aishah Abas
  19. Prof Madya Dr Norashidah Mohamed Nor
  20. Dr Muruga Raj Rajathurai
  21. Ms Mandy Thoo
  22. Haslina Rani
  23. Norasilati Abdul Raob
  24. Nabilah Haron
  25. Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO)
  26. Gabungan Persatuan persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)
  27. National Kidney Foundation Malaysia
  28. Fakulti Pergigian UiTM
  29. Malaysia Association of Dental Public Health Specialist
  30. Persatuan Farmasi Malaysia
  31. PEMADAM
  32. UPM/MyWatch
  33. UiTM, MADPHS
  34. IIUM
  35. Malaysian Medical Association (MMA)
  36. I-Medik Negeri Sembilan & Selangor
  37. Pertubuhan Ibu Bapa Mencegah Rokok dan Vape Kuala Lumpur

Kongsikan | Share

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Bincang | Discuss