TEG horizontal logo 2

Dr Zaliha seru ahli Parlimen sokong RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023

Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dibawa ke Dewan Rakyat untuk bacaan pertama pada 12 Jun ini.

Untuk makluman, RUU ini diolah semula dengan beberapa pembaharuan setelah mengambil kira isu berbangkit semasa pembentangan sebelum ini serta syor daripada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.
Menurut perkongsian Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa di Facebook, peruntukan Generasi Penamat Rokok (GEG) dikekalkan.


Ujarnya, bagi merangka RUU yang lebih komprehensif, kira-kira 70 sesi libat urus diadakan dengan penglibatan badan bukan kerajaan (NGO), pakat perubatan, pemain industri, ibu bapa dan lain-lain.


“Saya dengan rendah hati mengajak semua ahli Parlimen merentas identiti kepartian untuk sebulat suara menyokong RUU ini,” tulisnya.

Sumber: Suara Sarawak

Kongsikan | Share

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Bincang | Discuss