SOKONG PEMBENTANGAN AKTA KAWALAN BAHARU PRODUK TEMBAKAU DAN MEROKOK SERTA PELAKSANAAN GENERASI PENAMAT ROKOK (GENERATIONAL END GAME) DALAM SIDANG DEWAN RAKYAT YANG BERSIDANG PADA BULAN JUN 2023 INI
Kami, dari Tobacco End Game Alliance (TEGA) yang terdiri daripada Malaysian Green Lung Association (Green Lung), Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (IKRAM Health), Medical Mythbusters Malaysia (M3), Portal Public Health Malaysia (PHM), bersama-sama Pertubuhan Tweet Perubatan Malaysia (MedTweetMy), badan-badan perubatan dan kesihatan profesional serta persatuan ibu bapa dan guru yang disenaraikan menyatakan sokongan penuh kami terhadap pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 termasuk dasar Generasi Penamat Rokok (Generational End Game – GEG) yang akan dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa di dalam sidang Dewan Rakyat kali ini pada 12 Jun 2023 nanti.
BENTANG, BAHAS DAN UNDI DALAM SIDANG MEI-JUN 2023 INI
Kami ingin menggesa agar RUU ini dibentang, dibincang serta dibahas dan akhirnya diluluskan oleh ahli-ahli Parlimen di dalam persidangan Dewan Rakyat pada sesi kali ini. Kami ingin menegaskan agar ahli-ahli parlimen tidak lagi menangguhkan RUU ini ke sidang parlimen yang seterusnya pada bulan Oktober nanti kerana ‘lacuna’ kelompongan undang-undang sedia ada terhadap kawalan produk rokok elektronik dan vape bernikotin akan terus berlarutan lebih lamanya dan pastinya memudaratkan kesihatan awam.
KEKAL DASAR GENERASI PENAMAT (GEG)
Kami menggesa agar dasar Generasi Penamat Rokok atau Generational EndGame (GEG) terhadap golongan yang lahir selapas 1 Januari 2007 di dalam RUU ini dikekalkan dan tidak diasingkan sama sekali daripada RUU ini kerana kepentingan melindungi generasi masa hadapan negara daripada ancaman kemudaran tabiat merokok dan vaping ini mesti diutamakan.
SOKONG RUU GEG DEMI KESIHATAN AWAM
Kami juga menggesa agar ahli-ahli Parlimen terus memberi sokongan terhadap RUU GEG ini demi kesejahteraan negara pada masa kini dan hadapan.
Sekian.
#SokongRUUGEG
#DemiKesihatanAwam
9 JUN 2023
Surat terbuka oleh:
- Green Lung Malaysia Association (Green Lung)
- Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (IKRAM Health)
- Medical Mythbusters Malaysia (M3)
- Public Health Malaysia (PHM)
- Pertubuhan Tweet Perubatan Malaysia (MedTweetMY)
- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
- Majlis Belia Malaysia (MBM)
- Parents Against Vape and Cigarettes (PAVAC)
- Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM)
- Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC)
- National Cancer Society Malaysia (NCSM)
- NCD Consultant Chapter
- Malaysia Medical Association, Action on Smoking and Health Committee (MMA-ASH)
- Malaysia Medical Association, Public Health Society (MMA-PHS)
- NCD Malaysia
- 1Pertubuhan Nadi Amal Jiwa Wanita Malaysia (NAJM)
- Persatuan Amal dan Sukarelawan Batu
- Pertubuhan Kebajikan Wanita dan Keluarga Malaysia
- Yayasan Teladan Kemanusiaan
- Pertubuhan Kebajikan Kota Iskandar
- CSR Brand Angel
- Selangor Bebas Asap Rokok (SELBAR)
- Persatuan Kebajikan Muhibbah Mesra Rakyat Kuala Lumpur (PERKEMM)
- Persatuan Kesihatan Dan Kemanusian Malaysia
- Persatuan Lestari Alam Malaysia
- Family Medicine Specialists Association (FMSA)
- Nicotine Addiction Research & Collaborating Centre (NARCC)
- University Malaya Medical Society (UM MEDSOC)
- UMCares Squad
- Persatuan Peniaga-Peniaga Muslim Kebangsaan (MUBIN)
- National Kidney Foundation (NKF)
- Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)
- Pertubuhan Teratak Rahmah Wanita Islam
- Yayasan Atfal Jannah
- Universiti Malaya Medical Alumni Association
- IKRAM Muda Malaysia
- Pertubuhan Kesejahteraan Psikospiritual Malaysia (PKPM)
- Malaysia Pharmacist Society (MPS)
- Persatuan Pengguna Pengangkutan Awam Malaysia
- Association of Malaysia Optometrists
- Health Diplomacy Malaysia
- Kluster Perubatan & Kesihatan, Akademi Professor Malaysia
- Gerakan Penuntut Sarjana Kesihatan Awam Universiti Malaya
- Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)
- Kelab PM PINTAR
- Pertubuhan Rangkaian Pembangunan Kesinambungan Malaysia (SUSDEN Malaysia)
- Persatuan Pendidikan Dan Penyelidikan Untuk Pengguna Pahang (ERA Pengguna Pahang)
- Pertubuhan Pengguna Ekonomi Digital Malaysia
- Persatuan Perlindungan Pengguna Negeri Sembilan (PPPNS)
- MyAid Malaysia
- Islamic Medical Association of Malaysia (IMAM)
- Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik)
- THE International Women’s Alliance for Family Institution and Quality Education (WAFIQ)
- Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA)
- Persatuan Laryngectomee Malaysia
- Pertubuhan Wanita Malaysia Untuk Kawalan Tembakau dan Kesihatan (MyWATCH)
- Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia
- Federation of Malaysian Business Associations (FMBA)
- Pertubuhan Hal Ehwal dan Perlindung Pengguna Sabah (CAPS)
- Yayasan Ipoh
- Persatuan Pemulihan Sultan Azlan Shah, Bercham, Ipoh
Terkini 9 Jun 2023 @ 7.10 pm
Senarai akan dikemaskini dengan kerap