TEG horizontal logo 2

MMA mahu nikotin dimasukkan semula dalam Akta Racun, kecewa RUU berkaitan rokok tidak dibentangkan

KUALA LUMPUR : Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan (KKM) untuk segera membatalkan keputusannya mengecualikan nikotin daripada Akta Racun. Ia susulan industri rokok elektronik atau vape kekal tidak terkawal malah semakin membahayakan kesihatan awam. “Kami ingin menekankan sekali lagi bahawa penyingkiran nikotin daripada senarai bahan terkawal di bawah Akta Racun membolehkan mana-mana […]

#AgendaAWANI: Generasi penamat rokok, semua ‘wajib’ sokong | 12 Jun 2023

Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 sekali lagi dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan Parlimen. Apa lagi penambahbaikkan yang perlu diteliti supaya RUU ini dapat sokongan penuh semua ahli parlimen? #AWANInews Tonton video penuh di sini: Astro AWANI

Cepat kaji RUU kawalan produk merokok, badan pemikir gesa jawatankuasa Parlimen

PETALING JAYA: Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial terkejut kerajaan sekali lagi merujuk RUU itu ke Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Kesihatan, selepas bacaan pertama. RUU itu juga dikenali sebagai RUU Generational End Game atau GEG. “Sekiranya RUU itu dibawa ke bacaan kedua, ia boleh dibahaskan secara terbuka, pandangan boleh diberikan secara telus, dan […]

40 guru, 30 ibu bapa mengadu kepada CAP mengenai vape

Georgetown: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menerima aduan daripada 40 guru sekolah di negara ini yang meluahkan kebimbangan mengenai pelajar, murid berusia seawal sembilan tahun yang membawa peranti vape ke sekolah tanpa berasa takut. Seramai 30 ibu bapa di seluruh negara juga turut mengadu kepada CAP berhubung kebimbangan yang sama mengenai anak mereka. Pegawai Pendidikan […]

CAP kecewa RUU kawalan rokok sekali lagi `diabaikan’ di Parlimen

GEORGE TOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) melahirkan rasa kecewa dengan keputusan Kementerian Kesihatan (KKM) merujuk Rang Undang Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 ke Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan. Pegawai Pendidikannya, N.V. Subbarow berkata, keputusan itu seolah-olah menunjukkan RUU berkenaan tidak dianggap penting dan mustahak untuk dibahaskan oleh Ahli Parlimen yang […]

Tobacco Bill Moots Max RM500 Fine Or Community Service For GEG Violations

Control of Smoking Products for Public Health Bill 2023 moots max RM500 fine/ community service for offences of smoking/ purchase of smoking products by GEG group (personal possession not an offence); some enforcement powers exclude personal GEG offences. KUALA LUMPUR, June 12 – The Control of Smoking Products for Public Health Bill 2023 proposes a […]

RUU Kawalan Produk Merokok Dibentangkan Hari ini

KUALA LUMPUR – Hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membentangkan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, ia akan dibentangkan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa selepas sesi soal jawab. “RUU itu masih mengekalkan peruntukan dasar generasi penamat (GEG), manakala perubahannya adalah […]

RUU GEG dirujuk semula ke JKPK Kesihatan

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 sekali lagi dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan untuk diperhalusi. Menteri Kesihatan Dr. Zaliha Mustafa memberitahu, tindakan itu dibuat selepas terdapat permintaan agar beberapa perkara dilihat dan diperhalusi secara lebih lanjut semasa sesi libat urus bersama Jawatankuasa Pilihan Khas kesihatan pada […]